Hai..lama dah tak berblog ni..
Sekarang dah start cuti sekolah kan.Mulai 12.3.2016.Pasti ada keluarga yang sudah merancang percutian.Kepada yang mampu bolehlah pergi bercuti jauh-jauh..hehe..terpulang pada rezeki masing-masing.Tetapi saya yang ada anak kecil dua orang ni suka jalan dekat-dekat je.
Di sini saya kongsikan tips jimat ketika bercuti bagi yang hendak bawa anak jalan-jalan tu..
1.Bawa anak ke taman tasik
- dekat sini sebab di sini ada taman permainan, ada gym macam di Taman Tasik Titiwangsa tu.Bagi yang ada anak gemar bermain basikal boleh bawa basikal dari rumah mainlah sepuas-puasnya daripada sewa basikal di situ setengah jam RM5.
-Dah letih mesti nak minum air.Bawa je air mineral dari rumah tak pun bancuh bv alfalfa ke.Jimat kan..
Saya tak perlu ke negeri China.Hahaha..tempat ni kat Malaysia je
2.Mandi sungai
- Boleh je mandi sungai berdekatan dengan rumah.Kalau ada rezeki boleh juga sewa chalet atau berkhemah saja.Boleh lakukan aktiviti masak, memancing.Terpulang pada kesukaan masing-masing.
Di taman tasik ni ada juga tempat permainan kanak-kanak.
Kura-kura pun ada..Menenangkan jiwa..
- Tidak dilupa juga kepada orang tua seperti
ibu-bapa, datuk dan nenek.Mereka juga perlu hilangkan stress.Boleh juga
bawa ke taman tasik lihat pemandangan seperti melihat pemandangan ikan
di tasik,kura-kura dan sebagainya.Perkara begini dapat juga merapatkan
hubungan kekeluargaan
No comments:
Post a Comment