Lama tak dengar khabar member-member lama
Sekolah rendah pulak.Kami terpisah oleh kerana faktor kerjaya, rumahtangga dan macam-macam alasan.Teringat masa sekolah rendah gadget-gadget semua tak ada.Kami main konda-kondi,baling selipar,baling tin.Rasa seronok sangat.
Haritu saja Nurul buka facebook.Sengaja buka site sekolah rendah sekolah yang Nurul bersekolah dahulu.Nurul bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Klang Gate,Selangor.Buka-buka ada pula status di situ hendak mencari rakan sekolah klang gate batch 1991-1996.Sayalah tergolong dalam batch tu.Hehehe.Tidak disangka-sangka dapat bertemu kawan lama semula.
Dipendekkan cerita, dah tertubuh pula group SKKG ni batch 1991-1996.Hai,seronok tak terkata jumpa balik kawan-kawan lama dan kami berbincang hendak buat reunion kecil-kecilan saja.Bincang by whatsapp saja.Kebetulan seorang dari member kami adiknya hendak buat majlis kenduri kahwin pula,jadi ada yang bercadang buat di situ saja senang.Maka kata persetujuan telah dibuat, kami pun berjumpa di tempat kenduri kahwin member kami di Kampung Setia Jaya.
Berkumpul pukul 2.45 petang konvoilah kami..hehe..masing-masing bawa anak,ada datang suami isteri, Nurul tak bawa suami sebab dia kerja pula.Nurul angkut heroin Nurul je dua orang.
baju hijau tu member baik saya waktu sekolah.Siti Khalinah namanya.Anak seorang.Masing-masing tak bawa suami kerana suami ada urusan.hehe
Ini sebahagian dari kami.Ada yang tak dapat hadir.Memang seronok dapat jumpa semula member-member lama ni.Macam-macam kisah ada gengster, ada baik tapi kami semua sudah insaf..hahahahaha..gurau-gura je..heheheh...
Adeh!! Lihat wajah kagetku..Ter"candid" mak kat situ.Mak tak ready tau..Mak la yang baju merah tu!! hahaha..cute tak?? HAHAHA..
Masih mencari lagi sahabat-sahabat batch yang sama.
Jika terbaca dan sama batch contact la ya Nurul 017-3560358
Kita berjumpa semula dan mengeratkan silaturrahim.
No comments:
Post a Comment