Sunday, 4 December 2016

Set Hantaran Produk Hai O

Hujung tahun ni pasti banyak kenduri kahwin,majlis harijadi dan macam-macam lagi event kan.So, di sini Nurul nak kongsikan idea gubahan hantaran guna produk shom atau produk daripada hai o marketing.

Cantik tak??  Idea from our group tdc (the diamond circle) Selalu dalam hantaran bagi coklat benda manis-manis kan, sekarang selit min kaffe (kopi garam buluh).
Kopi sihat tau sebab dalam kopi ni tiada gula bahaya tu.Tanpa gula rasanya tak pahit cuma rasa lemak-lemak kaw gitu.
Then,khasiatnya dapat rawat kencing manis,darah tinggi,gastrik,migrain dan dapat turunkan berat badan bagi yang nak berdiet.
Harga sekotak cuma RM33.00 sahaja.Jangan terpedaya dengan harga murah dekat luar tau.Nak tahu sebabnya hubungi saya ya..
Set mandian ni pun boleh juga digubah buat hantaran atau hadiah harijadi.Terpulang pada kreativiti masing-masing.


Set cozuma pula.Produk shom juga.Nampak mewah dan elegan kan.
#cozuma lipstick
#cozuma cc cream
#cozuma lip gloss 

Nak order semua item produk ni 
Hubungi Nurul 017-3560358


Cuti-cuti di Melaka

Assalamualaikum...penat tak hilang lagi rasanya.Eh,baru nak menaip dah sebut penat.Bukan apa..ini semua penangan Mr. Jj bawa kami sekeluarga pergi bercuti di Melaka.Saya as "housewife" pun nak juga rilekskan fikiran,jalan-jalan bukan orang bekerja saja tau boleh hilangkan stress..hahaha..then, orang dulukala berkata jauh berjalan luas pandangan banyak pengalaman.


Ok, Nurul pergi ke Melaka dengan suami,anak bertiga,adik ipar dua orang,suami adik ipar dan anaknya seorang dan mak mertua.Jadi 10 orang semua.
5 dewasa,sorang remaja,2 kanak-kanak dan dua bayi..meriah pulak.haha.

Kami menginap di homestay bukit pulau Melaka.Oklah rate RM120 satu malam.Lagi masa cuti sekolah ni kalau di Melaka apartment ke hotel memang penuh.Susah nak cari.Jadi kalau rancang nak bercuti booking sebelum cuti sekolah ya.Kami dapat homestay sebab booking time cuti sekolah.Tak apalah janji ada tempat tinggal.Selesa juga homestay ni walaupun kecil saja ada  dua bilik tapi semuanya lengkap siap astro lagi.
Kami check in petang pada tarikh 1.12.2016.
Pergi tiga hari dua malam saja.



Hari pertama waktu malam pergi keluar cari makan dulu.Kalau sampai Melaka apa lagi,pekena asam pedas la dulu.Kedai asam pedas hajah mona namanya.

Keesokan harinya pula hari Jumaat kami sekeluarga pergi mandi manda.. 
Di sini ya..
Bayaran RM38 dewasa 
Kanak-kanak ikut ketinggian ya.Makanan dari luar dilarang bawa masuk. 

Mr. Jj with two princess and Abg sado yang dia dok dukung tu.hehehe

Ikut ketinggian sebelum masuk check dulu untuk kanak-kanak sahaja.Bagi yang dewasa jangan nak membantutkan diri nak tiket free..hahaha. 

Oklah dah puas kejadian mandi manda tu,waktu malam pula kami di 

Cuaca pula berangin..memang best.Di sini buat apa ya?? 

Naik cruise ni lah..hehe..apa lagi.Inilah kenangan dengan adik ipar masing-masing dukung anak.Seorang puteri manja seorang lagi abang sado yang dok nangis tu.hihi.

Sepanjang jalan belakang tu banyak la bangunan yang berlampu cantik-cantik..yang ingat kampung moten je, yang lain ingat dukung budak sampai sakit bahu..hahaha
Lama juga duduk dalam ni pusing-pusing.

Hari terakhir pula 3.12.2016.Kami check out dari homestay pukul 11 lebih waktu pagi.Pergi shopping mall dulu di Dataran Pahlawan.Seronok orang belanja shopping.Mr Jj nanti belanja lagi saya doakan husband saya murah rezeki..umur panjang, bertambah sihat dan hensem.hahaha.

Dah penat shopping aktiviti ke rumah-rumah pendekar pula.Eh,pendekar mana pulak?? 

Di sini..
Lepas tu jumpa

Tok ni suruh orang menyanyi semua segan..kikiki.

Anak dara saya nak ketuk gong.


Masa tu cuaca memang panas ya..adik ipar saya kata ni barulah Melaka..panas terik..abang sado pinjam kipas puteri manja.Abang sado tak tahan panas.hehe.

Bergambar bersama ibu mertua pula..


Masa kat homestay tuan homestay pun guna eziclean dishwash.Memang kellass! Siapa nak cuba eziclean dishwash ni order dari saya pun boleh ya.
Ada tiga beradik sebenarnya 
Eziclean dishwash
Eziclean laundry (serbuk detergent basuh baju)
Eziclean floor & toilet (selalu sold out kat stokis) 


Sekarang ada offer tau.




Contact  Nurul 017-3560358

Tuesday, 1 November 2016

TDC CELEBRATION

Hari Sabtu ni ada tdc celebration lagi bagi meraikan our group partner/member yang naik pangkat

OK..dalam business ni siapa buat lebih dapat lebih dan ada peluang naik pangkat.
Peluang melancong, tabung kereta dan macam-macam lagi insentif Sahajidah Hai O Marketing beri..
Sama juga kerja makan gaji.Bergantung pada performance.


From distributor to Crown diamond manager.
Nak tahu lebih lanjut
Jom join team the diamond circle


BIOZONE FOOD PURIFIER

Teringat buih-buih toksid yang keluar daripada makanan seharian yang kita makan seperti ayam,daging,sayuran dan sebagainya.Bila tengok sendiri buih-buih yang keluar daripada makanan tu.masuk dalam tubuh badan itu yang jadi penyakit macam-macam sekarang ni.Puncanya adalah daripada makanan yang kita makan.Nurul tengok video yang member in our gruop tdc hantar by whatsapp rasa seram pulak.Lagi seram dari cerita hantu.hahaha..


Ini video yang dihantar tu Nurul share kat sini..

seram kan tengok buih toksin yang terhasil tu..macamana nak buang toksin makanan ni dan kita dapat sediakan makanan yang bersih,berkhasiat tanpa kimia dan toksin tu??

Biozone food purifier jawapannya





Biozone Food Purifier
Biozone Food Purifier menggunakan proses pengkhususannya iaitu menyatupadukan bahan perintang ozon bagi mengubah oksigen menjadi ozon.
Ozon akan kembali menjadi osigen setelah menjalankan fungsi untuk menyingkirkan bahan-bahan tercemar.

Biozone food purifier berkesan untuk:
-menyingkirkan toksin larut air,toksin larut lemak dan bakteria dalam makanan (Haa..ni terutama bahan yang selalu kita masak tu seperti ayam,daging,sayuran).Toksin tu lah yang terkumpul dalam badan dan menyebabkan macam-macam penyakit.
air yang kita minum pun ada pewarna tambahan dan macam-macam bahan yang ditambah bagi sedap minuman tu kan..
-memulihara kesegaran makanan
bila kita dah purifikasi makanan dengan biozone food purifier ni..cuba simpan makanan tu dalam peti ais..peti ais tak berbau dan ikan pun hilang bau hanyir.Memang segar lah makanan tu.
-Menyingkirkan bau
Bau-bau bakteria ke ,hanyir ke semua dah hilang.

Ciri-ciri Biozone Food Purifier
#100% tiub silikon bergred mekanikal
#batu seramik bergred tinggi
#mudah alih
#selamat
#penyelenggaraan minima

Kelebihan Proses Biozone Food Purifier
#selamat
#penjanaan ozon yang konsisten
#efektif
#memelihara nutrien makanan

Cara penggunaan
#letakkan makanan yang perlu dipurifikasi ke dalam semangkuk air
#pastikan paras air menutupi makanan
#masukkan silikon bergred mekanikal ke dalam air dan tekan butang pengawal masa untuk menentukan masa purifikasi.
maklumat lanjut
Nurul
017-3560358

Wednesday, 5 October 2016

Shak3 me

Masa dalam kelas tdc haritu dapat juga tengok produk baru ni.Shak3 me.

Apa Shak3 me tu ya?



antara testimoni ibu breastfeed
bagi yang sedang berdiet disyorkan ambil shak3 me.Boleh turun berat badan

Pada sesiapa nak order shak3 me
sekotak ada 20 sachet RM118.00
Trial pack 10 sachet RM60.00
CONTACT/WHATSAPP
NURUL 017-3560358

tdc business training


Assalamualaikum..sini nak cerita pasal kelas tdc haritu.Memang happening ditambah lagi hai o ada keluar produk baru shak3 me.

Pergi kelas dapatlah kita kenal fungsi dan kelebihan sesuatu produk tu dengan lebih terperinci lagi.Then, dapat rasa sendiri kebersanan sesuatu produk tu..

Masa dalam kelas ni dapat sapu krim bioverplus.Kesan dia berapa minit je..
inilah rahsia awet muda..sapu je krim bioever ni..


Masa dalam kelas haritu...sapu bioever krim je..dekat sebelah kiri..bezakan dengan yang kanan..berapa minit je dah dapat result pipi kiri naik sikit dan kulit jadi tegang.Krim ni boleh dikatakan krim awet muda banyak fungsi tau.



beza sangat ketara kan..eyebag pun berkurang

ini antara fungsi bioever
nak order contact/whatsapp Nurul 017-3560358



Memang seronok dan enjoy kelas produk haritu.
Sebelum ke kelas..saya jadi driver..hehe..
ahli group the diamond circle..sayang semua..






Friday, 17 June 2016

Jalan-jalan di Bukit Melawati,Kuala Selangor

Assalamualaikum..
Lama tak update blog.
Sekarang ni bulan Syaaban tak lama lagi masuk bulan Ramadan.
Masa Nurul tulis entry ni pun sedang hamil 7 bulan lebih.
Sebelum masuk bulan Ramadan kita planning jalan-jalan dulu.Maklumlah dah bulan Ramadan boleh rileks sikit ya tak.
Hari ahad 30 mei 2016 haritu Nurul dan family pergi berjalan ke Bukit Melawati,Kuala Selangor.

Berapa kali ajak husband pergi sana.Haritu Alhamdulillah rezeki dapatlah berjalan-jalan ke sana.
Bukit Melawati ni banyak menyimpan sejarah.Di dalamnya ada muzium,replika meriam yang besar-besar dan sepanjang bukit melawati tu ada monyet-monyet berkeliaran.Anak-anak la yang seronok.


Malas nak berjalan nak mendaki bukit??
Di bukit melawati ni ada disediakan bas macam dalam gambar tu.Masuk kena bayar tau dewasa RM5.30 kanak-kanak pun ada bayaran tapi tak ingat berapa.Kanak-kanak bayarannya kurang sikit daripada orang dewasa.

Tapi kami memilih naik bas sampai kaki bukit selebihnya berjalan.Bila berjalan dapatlah ilmu lebih sikit..hihi...


Ini pula senjata yang terdapat di muzium bukit melawati.Tengok sejarah lama-lama,senjata lama-lama ni memang best.
Zaman dulu-dulu orang bersalah dihukum dengan perigi beracun.Nurul terbaca kat muzium tu..dalam perigi tu diletakkan miang rebung dan segla racun.Diseksa sehingga paras dagu pesalah tu.Bayangkan..


Ini anak dara saya bergambar dengan meriam.Kami bukan nak teropong dengan anak bulan tau dengan meriam ni.hahaha.Saja bergambar.


Sebenarnya Nurul nak sangat pergi bukit Melawati tu sebab nak tengok meriam ni je.hahaha.Meriam dibalut dengan kain kuning.Meriam ni ada nama lain juga tau PUTERI PUTIH.Makam dalam ni memang tak boleh masuk berkunci dah.


Memang seronok dapat meluangkan masa bersama keluarga.Di atas bukit Melawati tu ada lagi tempat Sultan duduk dan tengok negerinya dari atas pada ketika dahulu.Ada batu hampar,pohon sena dan tempat Sultan melihat sabung ayam.Macam-macam sejarah.Bawalah keluarga bercuti di sini.


Tuesday, 15 March 2016

BIO OZONE CAR STERILIZER

Bila pandu kereta mulakan perjalanan pastinya anda hendak kereta dalam keadaan bergerak lancar, berbau segar dan bersih.Tetapi jika bawa anak kecil jalan-jalan naik kereta pasti ada berbagai kerenah.Bila jalan jauh ada yang pening,mual sampai nak termuntah.Ada juga anak kecil yang masih tak tahu lagi nak ke tandas perlu guna lampin pakai buang tu kan.Jadilah macam-macam bau kurang menyenangkan.

Guna ni saja.Bio ozon car sterilizer.Memang berkesan menangani bau kurang menyenangkan.Bau segar.Kadang-kadang kita selalu belanja untuk beli pewangi kereta setiap bulan kan.Tetapi dengan bio ozon car sterilizer ni ianya tahan selama 3 tahun.Bila pasang bio ozon car sterilizer ni memang berkesan memerangkap segala bau kurang menyenangkan tu.

Kelebihan produk :


Cara penggunaan :
Masukkan BIOZONE Car Sterilizer ke dalam soket pemetik api rokok dan ia akan dihidupkan (dengan bulb yang menyala). Pasangkan pendingin udara untuk penyegaran udara yang berkesan.


Pasang di kereta sahaja tau.Dalam rumah tidak sesuai.Memang khas untuk kereta.

Berminat tentang biozone Car Sterilizer ni boleh hubungi Nurul 017-3560358.

MINUM BV ALFALFA KETIKA MENGANDUNG

Hai mommies-mommies..Ada yang pregnant tak..Tahniah diucapkan.Ada yang kali pertama hamil pasti teruja. Tetapi proses kehamilan pasti ada berbagai ragamnya.Maklumlah, ada yang mual, ada yang tak alah bau itu ini.Semua serba tak kena sampai hendak ke dapur pun rasa malas.Hehe.Biasalah tu.Kepada mommies-mommies yang hamil tu pastikan dapat rehat yang secukupnya dan makan makanan berkhasiat.

Bila dah pregnant ni selalulah kena pergi klinik check up ya tak?? Macam saya pergi check up kandungan di klinik kerajaan sahaja.Kadang-kadang tekanan darah rendah, kadang-kadang ok jer..Semua kena periksa.Tekanan darah, air kencing, check perut dan macam-macam lagilah.

Ada tak mommies kat sini yang alah nak makan sayur waktu hamil ni macam saya?? Hahaha..Badan tak bermaya dan letih.Tapi bila kurang makan sayur takut tiadalah khasiat dalam badan nanti.Muka pun pucat saja. Jadi saya sarankan ibu-ibu ambil bv alfalfa.Ianya ada khasiat sayuran di mana 1 sudu bv alfalfa = 1kg sayur.Haaa..selesai masalah.Bv alfalfa ni bancuh je.Jadi, selain pil vitamin yang kita kena makan tu tak payah telan-telan pil lagi minum je bv alfalfa ni lepas makan tengahari dan nak tidur malam.Bv alfalfa ni boleh naikkan hb darah pada ibu hamil yang mempunyai tekanan darah rendah tu.

Lepas makan bancuh bv alfalfa ni.

Berminat tahu pasal produk bv alfalfa ni hubungi atau whatsapp Nurul 017-3560358

CC COZUMA CREAM

Apa yang dikatakan tentang Cozuma CC Cream ni..Cozuma bukan setakat ada lipstik je tau, Sekarang lengkap dengan CC Cream pula.Ala-ala foundation la ni.Apa yang istimewanya Cozuma CC Cream ni.Ok, sekarang saya beritahu supaya kelak anda-anda semua boleh bergaya "flawless" gitu.Sesuai digunakan bukan untuk wanita sahaja malah lelaki pun boleh pakai. Boleh la tutup cela-cela di wajah tu kan..

Dari mana Cozuma CC Cream ni ya. Ini adalah produk Korea ya.
Terbaiknya Cozuma CC Cream ni ianya mesra solat jadi tak perlu risau la ya kehalalannya..
Fungsi-fungsi semua bahan aktif di dalam Cozuma CC Cream dijaga dengan sebaiknya kerana bahan-bahan aktif dalam CC Cream diekstrak melalui pengekstrakan CO2. Tiada pelarut atau haba digunakan semasa pengekstrakan.Ekstrak tersebut sangat pekat dan bebas daripada logam berat,mikrob atau pelarut yang membuatkan Cozuma CC Cream satu produk sempurna untuk kegunaan harian.Jadi tidak perlu bimbang bahan merbahaya yang merosakkan kulit.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi atau whatsapp Nurul 017-3560358.


Sunday, 13 March 2016

BIOEVOLVE

Bio evolve menggabungkan penemuan teknologi Nano termaju dan blok karbon ultrapadat inovatif dalam sistem penulenan yang mampat,ringan,mampu milik dengan reka bentuk menarik yang memberikan prestasi penapisan air yang hebat untuk seisi keluarga.

Bio evolve dengan rekaan 4 fasa yang teliti dan inovatif menghasilkan air minuman yang beralkali lemah dengan molekul yang sangat kecil bukan sahaja sangat berkhasiat untuk diminum,tetapi amat sesuai untuk mencuci makanan segar,membersihkan muka,menyediakan makanan,minuman dan lain-lain.

Tahukah anda air yang kelihatan sungguh bersih tidak semestinya sangat berkhasiat.Tambahan pula,bahan paling berbahaya yang terdapat dalam air minuman tidak dapat dilihat,dirasa atau dihidu.

Kotoran dalam air minuman mungkin disebabkan beberapa faktor :
-sumber air yang tersekat
-penyahkuman berklorin yang digunakan oleh loji rawatan air untuk membunuh mikroorganisma mungkin bertindakbalas dengan bahan organik di dalam air lalu membentuk bahan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang.

Keistimewaan bio evolve


Testimoni Bio evolve
Air bio evolve rasanya lebih sedap kerana mengandungi khasiat

Sesuai untuk mandi.


Segala pertanyaan tentang bioevolve boleh hubungi Nurul 017-3560358.
Boleh sahaja bayar tunai atau ansuran bulanan.