10.10.2015 hari Sabtu, hari tersebut paksu kami buat perasmian opening kedai. Kedai apa tu ya? kedai jual vape, barang-barang vape la senang cerita.Pada kaki vape boleh la dapatkan barang-barang vape di sini..mod, subox, flavor..segala-gala vape.Nak explain detail saya tak arif sebab saya bukan kaki vape. hahaha... Kedai ni namanya cloudy heaven terletak betul-betul bertentangan dengan showroom kereta peugeout di desa pandan.
Moga-moga business paksu bertambah maju, bertambah rezeki dan sucess selalu....
Nak dapatkan segala maklumat, nak beli barang vape ke boleh contact JAY JAY-017-2086436.
Wednesday, 14 October 2015
opening kedai vape paksu
mandi di sungai lopo, hulu langat, Selangor
Hari Selasa 13.10.2015.
Kami sekeluarga mandi sungai di Sungai Lopo, Hulu Langat, Selangor.
Memang best mandi-manda waktu orang lain sedang sibuk bekerja.Cuma kami berempat saja yang mandi di situ...hihi...
Rasanya jika hari cuti memang ramai.
Sungainya pun bersih.Kami mandi di situ dari pukul 11am sehingga pukul 1pm lebih...seronok dapat bersama keluarga mandi-manda..
Mula-mula si Nani anak yang sulung takut nak masuk dalam air. Adiknya si Nani pula tak sabar-sabar. Aku pula jadi mangsa laki aku kena benam dengan dia dalam sungai tu sampai aku tercekik dan terbatuk-batuk. Memang kurang asam. Mentang-mentang takda orang..tapi itulah kenangan kami mandi di situ...
Di situ memang banyak chalet. tapi tak tahulah bayarannya berapa. Sungai dan tandas di situ pun bersih. Kami tak sewa chalet sebab rumah kami pun di hulu langat. Agak membazir di situ. .hahahaha. Cuma di situ kena bayar parking sahaja. ..