Saturday, 28 March 2015

PREMIUM BEAUTIFUL

Seringkali wanita berhadapan dengan masalah-masalah seperti :
1.gemuk
2.bentuk badan
3.senggugut
4.sakit belakang
5.selepas bersalin

Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah-masalah di atas?? Tak perlu susah payah, hanya perlukan sedikit "touch up" sahaja.Hendak "touch up" dengan apa ya??
Jawapannya adalah dengan pemakaian "Premium Beautiful"

APA ITU PREMIUM BEAUTIFUL??

Premium beautiful adalah pakaian dalam pembentukan no 1 di Malaysia,berada di pasaran lebih 20 tahun.Lama kan?? Jika bertahan selama itu,sememangnya pakaian dalam ini sangat-sangat berkualiti dan dibuat berdasarkan gabungan 5 buah negara, Jepun, Jerman, Taiwan, Amerika dan Korea.
Ianya disulam dengan Far Infrared Ray (FIR).
FIR - teknologi dari Japan
Jahitan streoskopik-teknologi dari Amerika
Fabrik Akwatek Akwadyne - teknologi dari Jerman



Premium beautiful berupaya menarik lemak dengan teknologi FIR
Premium beautiful ni fabrik lembut, tidak panas dan anti bakteria.Ianya dihasilkan berdasarkan kajian bidang pakaian dalam dan mempunyai kuasa regangan 360 darjah.

Premium beautiful terdiri daripada long bra,long girdle dan waist nipper.
Ukuran perlu diambil dalam sentimeter kerana premium beautiful ada banyak saiz.

Long Bra
Cup piramid 3 dimensi dapat menampung payudara agar tidak jatuh dan puting payudara dalam kedudukan yang betul (tidak menekan)
-kedudukan tali long bra juga tidak mudah jatuh dan menyokong payudara
-ia juga bertindak menghalang lemak dari mengalir ke belakang
-Ia juga berfungsi memecah lemak pada bahagian atas perut
-lace cup mempunyai keanjalan supaya dapat mengelakkan payudara melimpah keluar
Rekaan U untuk serlahkan bentuk badan selain membantu membentuk belakang badan.

Long girdle
-Terdiri daripada 32 kepingan jahitan streoskopik.
-kapas yang selesa pada bahagian dalam pinggang seluar untuk membentuk kontur pinggang yang menarik
-fungsinya adalah untuk menguatkan rahim, mengemaskan bahagian perut serta mengurangkan "stretchmark".
-tidak menekan ovari serta memberikan kesan hormon yang seimbang.
-mengawal keputihan,pengaliran darah dan udara dan menghilangkan kesan bau."LOVE SHAPE" nipis membentuk pinggul yang menarik serta mengukuhkan kedudukan.
-rekaan mampatan berfungsi menyelaraskan lemak pada sekitar peha dan membentuk kontur peha yang menarik.

Waistnipper
Terdiri daripada 7 tetulang berfungsi untuk :
-menyokong pinggang dan mengatasi masalah tulang belakang seperti bongkok, "slip disc",sakit pinggang dan pengaliran darah
-rekaan cangkuk yang fleksibel untuk hasilkan kesan pembentukan berdasarkan badan
-tali bengkung memudahkan kemasan dan merampingkan pinggang.
-menyokong pinggang dan menegakkan tulang vetebrata dan membaiki postur badan ketika berdiri dan duduk.
-sesuai untuk wanita lepas bersalin untuk menggantikan bengkung tradisional.Tak perlu lagi nak berlilit-lilit dan jimat masa,rahim pun terjaga.

TESTIMONI PREMIUM BEAUTIFUL
 Testimoni pertama dari client yang guna premium beautiful.Sakit belakang dah berkurangan, perut lebih kempis.

Testimoni kedua dari client.Pemakaian premium beautiful corset selama 2 bulan.Bulan pertama senggugut hilang,bulan kedua hamil.Premium beautiful membantu menguatkan rahim.
Lelaki juga boleh pakai premium beautiful waistnipper.Fungsinya adalah untuk mengempiskan perut, melindungi tulang belakang, merawat slip disc.

Untuk warga emas juga boleh.Pinggang rasa sedap dan tegap serta menyokong tulang belakang.


Sesiapa yang berminat untuk tahu lebih lanjut atau nak beli premium beautiful ni dengan Nurul
Just contact atau whatsapp Nurul 017-3560358



SATAY STATION

Cerita malam semalam 28 Mac 2015
Nurul dan keluarga pergi makan malam di Satay Station,Ampang Waterfront.
Menu utama kebanyakan sate.Sate daging, ayam, kambing.Tempatnya memang tepi jalan.Besar juga restoran ni tapi menu tak banyaklah.Dari rumah dah makan nasi..Then, suami pula ajak makan sate.Memang tak ada diet lah..tapi boleh cover dengan set kurus bajet..hahaha..Terima kasih pada suami yang belanja makan.Moga murah rezekinya.


Menu kat sini
segala jenis sate..ayam,daging,kambing
mee rebus,nasi goreng.Nak makan sate sedap dan lembut..di sini..














Inilah tuan puteri saya Juwairiyah Haninah binti Jaifullah.Bila nak tangkap gambar dia, dia suka posing macam ni.Macam pelik kan..hehehe..Ni tafsiran dia tentang "peace".hahahaha..

Yang ni saya..sebelum sate sampai "selfie" dulu..keadaan yang gelap..gambar pun gelap tapi kulit saya tak gelap kan..just nice..hahaha..terperasan pulak.

KALI PERTAMA

Kali pertama apa ni??
Inilah nak share story sikit..Pertama kali Nurul ke kelas GLAM ni.
Dapat peluang pergi pada 14 Mac 2015.Kelas bermula pada 10.30 pagi dan berakhir pada 1 tengahari.
Memang berbaloi pergi kerana topik yang dibincangkan adalah berkenaan blogging dan I FORM HD.
Nurul pergi dengan partner Eda Ariff dan Yana.Nurul joint business ni pun sebab tengok facebook member sekolah je Eda Ariff.Mula-mula nak try mineral coffee je then last-last jadi ahli.

Jika hendak ke kelas blogging atau sambung belajar tentang kelas perniagaan memang kena bayar beratus dan beribu ringgit.Tapi dengan Nurul joint business ni kelas hanya 2 kali dalam sebulan.Percuma ya..dan banyak yang kita boleh belajar.
Ini masa gambar on the way balik..sebelah saya tu yang bawa kami ke kelas.Kami tumpang kereta eda ni..terima kasih banyak-banyak sudi tumpangkan kami..Sekarang sudah naik pangkat sebagai SM.Sales Manager.Tahniah pada Eda Ariff.Nurul pun banyak belajar dari dia about business ni.Tidak sangka dari kawan sekolah sekarang jadi rakan busniness pula.Duduk belakang tu namanya Yana.Kami semua gila "selfie".

Banyak juga ilmu yang Nurul belajar dalam kelas ni.Cara blogging dan apa itu I FORM HD.Then apa itu "SEBERAPI".
Nak cerita panjang-panjang kat sini memang tak habis.Nak ilmu kena pergi sendiri.Kita kena cari ilmu bukan ilmu cari kita...harta tanpa ilmu sia-sia.Ada ilmu boleh kawal harta kan..
Habis kelas memang akan ada sesi bergambar.Yang di depan sekali tu tudung merah hitam my CDM, CDM Shaliza Aziz.Then, sebelahnya my leader SM Eda Ariff.

Saturday, 7 March 2015

Cuti-cuti di Gambang Resort City, Pahang

Jumaat, 7.3.2015  baru-baru ni Nurul and family pergi cuti-cuti di Gambang Resort City di Pahang..Sementara husband belum masuk kerja syif ni..nak bawak kami jalan-jalan katanya..Saya ikut sajalah..hehe..Kami pergi berempat saja.Kami suami isteri,anak kami, nani dan nina.Nani si kakak, Nina pula si adik.Macam nama kembar pulak kan.Haha.Tapi mereka cuma beza setahun je.Kakak umur tiga tahun,Nina setahun enam bulan.
Masa ni on the way hendak ke Gambang Resort City.Si kakak Nani..excited tunjuk gigi karat dia tu..haha..
Kami gerak pagi dalam pukul 9 lebih kurang.yang penting cuaca panas-panas ni bibir kena lembap ya.Jadi gunakanlah cozuma lipstik.Ceh..sempat lagi promote..warna natural je.pakai pun macam tak pakai lipstik gitu.Nak yang warna merah terang pun ada, jika mahu order je sama saya.Saya jual..

Then sampai dalam pukul 12 lebih kurang.Suami tak booking bilik dulu.Kami dah sampai baru booking.Sini sewa semalam dalam RM237.Kami pergi hari Jumaat, Sabtu dah "check out".Tak ambil gambar bilik..sebab payah dengan kerenah budak-budak dua orang yang lasak ni.kikiki..
Walaupun dah sedia sabun,syampu tapi Nurul tetap juga bawa Marine essence body wash ni sebab bila jalan jauh,mandi dengan body wash ni rasa segar then ada garam buluh dalam sabun ni.Badan letih letih cepat je refresh dan segar.Nak order whatsapp je terus Nurul..hahaha...promote again! Sini ada tuala,sabun,syampu lengkap cuma nak datang sini jangan lupa bawa ubat gigi dan berus gigi sendiri..tak ada pula kat sini.

dah rehat-rehat, makan-makan semua, petang tu kami keluar ke Safari Park.Actually, tak jauh pun dari resort,boleh je nak jalan kaki tapi kesian kat budak-budak.So bawa je la kereta.Dari resort ada pengangkutan juga boleh bawa ke Safari Park, tapi husband nak bawa kereta juga.Ikutkan saja.Baru masuk saja Safari Park ni ada orang datang tawarkan nak tangkap gambar kami sekeluarga.Memang ada photographer dalam tu untuk tangkap gambar sekeluarga.Banyak juga binatang-binatang dalam ni macam singa,harimau,gajah lebih kurang macam jalan-jalan di zoo.

yang ni persembahan waktu malam.Start 7.45pm.Kami tengok persembahan abang api ni..hahaha..dah lupa nama pertunjukan ni..hahaha.Memang kagum la api menyembur-nyembur keluar dari mulut, tengok api ni berpusing-pusing mereka buat.Selepas itu, pukul 8.15pm ada pertunjukan tarzan.Memang best persembahan tu macam-macam sound effect dengan macam-macam bunyi meletup-letup.Pada yang ada anak-anak kecil bawa lah jalan-jalan di sini.
Last day kami kat sini hari Sabtu.Kami ke Safari Water Park.Nani dan Nina tak sabar-sabar dah nak main air.Macam-macam kat sini ada gelongsor air, coco beach pada yang nak alami suasana mandi laut.

Gambar kenang-kenangan sekeluarga di Safari Water Park....
Sweet moment,memories with lovely family....
terima kasih to my husband bawa kami ke sini..








Wednesday, 4 March 2015

BB PLUS COLLAGEN

BB PLUS COLLAGEN

BB plus collagen..



BB plus collagen minuman kesihatan paling best Nurul pernah rasa..
Sebab apa paling best rasa dia sedap sebab terdiri daripada buah blackurrant, roselle,ikan terhirolisis, vitamin C dan yang paling penting ada peptida kolagen.. Semua ramuan ini lah yang dapat memberikan badan kita tenaga dan tak letih sepanjang hari.
Setiap hari dengan peningkatan usia, kolagen dalam badan kita pun beransur-ansur kurang dan menjadikan badan tidak bertenaga, timbulnya kedutan di wajah, lingkaran gelap bawah mata dan pelbagai peringkat penuaan..So, dengan bb plus collagen dapat melambatkan proses penuaan serta menganjalkan kulit.

Nurul nak share testimoni dan kebaikan bb plus collagen.
Antara kebaikan bb plus collagen :


testimoni 1 : Selepas minum bb plus collagen selama 4 hari, kulit jadi lembut dan bibir pun tidak pecah-pecah.Bayangkan jika minum sebulan secara konsisten.

testimoni 2 : Selepas 10 hari menggunakan bb plus collagen, jeragat makin pudar, pipi lebih merah.Bagi yang suka bermake-up tu perlu dah make-up tebal-tebal..tak perlu dah guna blusher.Jimat kan..

testimoni 3 : BB plus ni juga mengecilkan pori-pori dan menjadikan kulit halus-mulus.Tak perlu lagi solekan tebal.

testimoni 4 : Selepas 3 sachet saja..selama 3 hari dengan bb plus collagen tumit kaki pun licin dan tak merekah.

testimoni 4 : Badan lebih bertenaga untuk aktiviti harian dengan bb plus collagen

testimoni 5 : Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi..bb plus collagen ni bertindak sebagai milk booster juga.

sehari 1 sachet saja untuk kulit lebih anjal dan berseri.Sesuai juga untuk ibu hamil sebagai khasiat tambahan bagi ibu dan bayi dalam kandungan

Jika berminat nak order dan keterangan lanjut hubungi Nurul atau whatsapp terus 017-3560358.


Tuesday, 3 March 2015

cozuma lipstik

Setiap wanita suka pada kecantikan..
So..bibir yang sihat dan cantik merupakan idaman setiap wanita..
Nurul nak share tentang cozuma lipstick kat sini..
Sangat-sangat best bila guna cozuma lipstik ni sebab bahan-bahan yang terkandung dalam lipstik ni tak merbahaya..tiada kimia berbahaya...

Bahan-bahan : ekstrak buah betik, colagen,kemasan satin, vitamin c dan e..memang lembut di bibir..malah pada yang bibir hitam digalakkan guna cozuma lipstik ni..
warna-warna kebanyakan natural dan jika nak merah boleh guna shanghai tang..
Nurul guna pandora red sebab tak nak nampak merah sangat..pakai pun macam tak pakai gitu..yang penting bibir lembap dan tahan lama..lagi-lagi sekarang ni cuaca panas memang bibir cepat kering dan perlu banyak minum air...

antara warna-warna cozuma lipstik...pilih saja nak mana..hehe..
memang warna-warna natural..lembut saja pada bibir..
warna-warna yang elegan
Hasil daripada anakku yang tak boleh tengok lipstik uminya..habis..hehehe..walau begitu warnanya tetap tahan.masih boleh dicalit dengan jari dan apply to lips..moist gitu.Lipstik cozuma pandora red.Just nice!



nak order atau maklumat lebih lanjut call or whatsapp terus 017-3560358.nombor lama dah tak guna ya.

donat resipi

hari ni sesaja Nurul nak update blog..
share resipi donat pulak lah..benda ni simple je..sesaje je nak share pada sesiapa yang teringin baru-baru nak belajar buat donat tu..resipi sangat simple...donat ni pun kecik-kecik je..best mkn ramai-ramai depan tv sambil ngap-ngap...hahaha...

   donat ni haritu Nurul buat dengan mak...resipi mak saya lah ni..hihi..memasak juga mengeratkan hubungan silaturrahim..dan dapat pahala bila bagi orang lain makan..berkongsi makanan..
seperti kata pepatah...berilah salam dan berilah makan..ewah!!

bahan : tepung gandum
           yis segera
           marjerin ape brand pun boleh..kami guna planta

gula..gula tu kisar atau omputih kata blender..
sebab nant tabur je atas donat...

cara membuatnya :
gaulkan tepung gandum,yis dan marjerin planta dengan air sedikit secukup rasa sehingga menjadi doh..
dah jadi doh ambil acuan donat..boleh beli acuan kt kedai D.I.Y harga dalam RM4 lebih je..
lepas tu bolehla goreng dengan minyak..minyak tu letak ala-ala nak goreng cekodok atau jemput-jemput tu..
goreng sampai kekuningan..

tips : sebelum goreng tengok donat tu dia akan naik atau kembang sedikit..barulah digoreng..

dah siap goreng..tunggu sejuk sikit..gula yang dikisar tadi tapis dan tabur atas donat...

Siap!!!!

Selamat mencuba...ngap-ngap!!!

donat kami buat takde bulatan kat tengah sebab tak guna acuan donat..kami tibai je benda yang bulat..hasilnya rasa donat jugak!!! KIKIKI....